Nabi Luth adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s.
iaitu ayahnya yang bernama Hasan bin Tareh. Nabi Luth diutuskan sebagai
rasul kepada satu kaum yang mendiami sepanjang timur laut (Dari Israel
– Yordania), Laut Mati. Ibukota Sodom terletak di Utara Basin Laut Mati.|
Gambar satelit, Laut Mati
|
Hampir
keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan
hubungan kelamin sesama sejenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni
meninggalkan perempuan. Perbuatan ini merupakan sesuatu penyelewengan
fitrah yang amat buruk. Nabi Luth telah menyeru mereka untuk
menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan seruan-seruan
Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari
kenabiannya. Akhirnya, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang
sangat mengerikan dan dahsyat. Kejadian ini berlaku pada kira-kira
tahun 1800 sebelum Masihi.
Kisah Nabi Allah Luth a.s. mengikut Islam
Di dalam Kitab Al-quran menceritakan kisah Nabi Luth yang menasihati kepada kaumnya seperti mana dalam Surah Asy-Syuara;
“Kaum
Luth telah mendustakan para Rasul”,(160 “Ketika saudara mereka Luth
berkata kepada mereka,”Mengapa kamu tidak bertakwa?”(161) “Sungguh, aku
ini seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,”(162) “Maka
bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepada ku”(163)”Dan aku tidak
meminta upah kepadamu atas ajakan itu, upahku hanyalah dari Tuhan
seluruh alam”(164) “Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki (Homoseks) di
antara manusia”(165) “dan kamu tinggalkan (perempuan) yang diciptakan
Tuhan untuk dijadikan sebagai isteri kamu? Kamu memang orang-orang yang
melampaui batas’(166) ” Mereka menjawab, ” Wahai Luth! Jika engkau
tidak berhenti, engkau termasuk orang-orang yang terusir”(167) ” Dia
(Luth) berkata, ” Aku sungguh benci kepada perbuatan mu”(168).
Kaum
Luth telah mengancam Nabi Luth dan membencinya kerana mengajak kaumnya
beriman. Ayat seterusnya dalam kitab Al-quran dikisahkan dalam Surah
Al-Araf:“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada
kaumnya). (Ingatlah ) tatkala dia berkata kepada mereka: “Mengapa kamu
mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh
seorang pun (di dunia ini) sebelummu?”. Sesungguhnya kamu mendatangi
lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita,
malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak
lain hanya mengatakan: “Usirlah mereka (Luth dan para pengikutnya) dari
kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura
mensucikan diri .” (QS. Al A’raaf, 7: 80-82)